Aku dan Ramadhan
RAMADHAN…. satu ungkapan yg begitu indah sehinggakan seluruh alam menyaksikan keagungan bulan ini. Ramadhan adalah bulan yang tiada tandingan tentang hikmah yang terkandung di dalamnya. Melalui proses menahan lapar dan dahaga tanpa kita sedari terlalu banyak kelebihan dan mukjizat nya dari segi perubatan. Sekarang akan aku ceritakan pengalaman ku mengenai PUASA pada bulan RAMADHAN.
Aku seorang budak yang boleh dikategorikan sebagai budak liar atau nakal…Sejak kecil lagi aku dibesarkan dengan kemewahan meterialistik. Tanpa pendidikan agama, sekolah pon di sekolah swasta yang boleh dikatakan tiada langsung pengajaran agama di sekolah. Hari-hari yang ku lalui penuh dengan pancaroba dan kesenangan tanpa merasakan dan mengetahui dari mana nikmat yang aku perolehi. Yang aku tahu adalah dari papa dan mama ku sahaja..beliau memberi elaun ku setiap bulan dan aku membelanjakannya tanpa batasan.
Apabila usia ku meningkat remaja dan diwajibkan berpuasa tapi apakah puasa bagi aku?? Bulan ramadhan dianggap bulan lapar dan dahaga…ahhh! peduli ramadhan, orang gaji dirumah akan ku gajikan untuk memasak makanan yang lazat-lazat pada siang hari…bukan orang tahu pun aku tak puasa..malam hari akan ku kunjungi pusat-pusat disko dan hiburan yang penuh dengan maksiat..orang lain bertarawih dan aku pulak di pusat hiburan malam, bergaul dengan perempuan bukan muhrim sampai ke bilik tidur…dan banyak lagi la kalau nak diceritakan..
Allah Maha kuasa..ketika umurku menjangkau 25Tahun aku keluargaku mengalami bangkut atau muflis disebabkan penyelewengan wang syarikat oleh rakan niaganya…semua harta benda ditarik dan dista oleh bank. Papaku telah mengalami tekanan perasaan yang amat dasyat..boleh dikategorikan sebagai GILA… mujurlah aku ni belum ke arah itu, sedang2 aku termangu-mangu di tepi jalan aku disapa oleh seorang ustaz..mungkin ustaz ni utusan Allah SWT untuk aku..dia bertanyakan aku, “Nak..boleh ustaz bertanya..?” Aku terdiam seribu kata…lalu ustaz itu berkata ” Ustaz tengok anak ini mempunyai banyak masalah, boleh ustaz bantu?” kata ustaz itu. Air mata aku tiba-tiba keluar tanpa aku sedari…belum sempat aku barcakap..ustaz itu pun berkata..”Usah risau nak ustaz tahu apa masalah anak sebenarnya..” aku jadi hairan dengan firasat ustaz itu, Ustaz itu pon berkata..” Sesungguhnya puasa itu adalah penawar segala-galanya bagi penyakit, suruh la bapa kamu berpuasa sehari semalam..nescaya penyakitnya akan pulih pada hari berikutnya…” Dari saat itu aku terfikir tentang ramadhan-ramadhan lepas…seluruh keluarga ku tidak pernah berpuasa..setelah aku berpaling ke arah ustaz tu, ustaz itu tiada lagi dari pandangan aku…lantas aku segera untuk bertemu papa ku yang sudah gila itu, kerana terpaksa lalu aku mengurung papa yang aku sayangi itu didalam bilik kecil dan aku tidak berikan makan dan minum dengan niat aku menyuruhnya berpuasa. Setelah hari ke 3 aku dapati papa aku tidak lagi meraung-raung untuk dikeluarkan dari bilik itu, cuma yang didengari hanyalah suara yang lembut memanggil aku…aku terkejut dengan perubahan itu..lalu aku membuka bilik itu dan aku dapati wajah papaku lebih ceria dan tenang…lalu aku beri sedikit makanan dan air..jika dulu keadaannya penuh dengan kebimbangan tetapi slps kejadian itu, keadaannya sudah pulih sepenuhnya gara-gara aku mengurungnya tanpa beri makan dan minum..aku menangis penuh dengan kesyukuran dengan mukjizat Allah SWT…
Nak dipendekkan cerita, mulai hari itu aku dan seluruh keluarga bertaubat kepada Allah dan hidup dengan kesederhanaan…moral of the story ialah….jangan memperlekehkan tentang amalan puasa dan pengisian-pengisian di dalam nya….
P/s: Ini merupakan kisah benar dan betul -betul terjadi ke atas kawan aku serta secara langsung adalah penyertaan aku ke Ramadhan Contest anjuran En. Nuaeman
Posted on September 15th, 2008 by likik
Filed under: Ramadhan Contest
Hi, this is a comment.
To delete a comment, just log in, and view the posts’ comments, there you will have the option to edit or delete them.
moga dijadikan sempadan utk kita..
ish..ni kisah benar ke atau karang saja2 je??huhhuu..biar betul..hi hi hi
.. wah.. sungguh mistik!
menarik kisah ni.. memang memberi pengajaran
[...] kasih kepada para-para peserta. Sebenarnya ada beberapa lagi kisah menarik seperti Aku dan Ramadhan dari likik tetapi pada saat akhir terkeluar senarai kerana ianya adalah cerita orang lain yang mana tak [...]
[...] Likik - Aku Dan Ramadhan [...]