SUKIMI GROUP Di Persada Antarabangsa


 

KOTA BAHARU, 26 April (Bernama) — Sukimi Lube (M) Sdn Berhad (Sukimi), pengeluar minyak pelincir bumiputera akan melangkah ke pasaran antarabangsa pertengahan tahun ini dalam usaha memperluaskan perniagaan di samping meningkatkan pengeluaran minyak tempatan.

Pengarah Urusan yang juga Presiden Sukimi Group, Datuk Seri Ahmad Sukimi Ibrahim berkata usaha itu diambil bagi memenuhi permintaan antarabangsa khususnya Asia Barat terhadap produk-produk Malaysia termasuk minyak pelincir yang dianggap bermutu tinggi.

“Kita mendapat permintaan yang menggalakkan untuk kegunaan kapal-kapal dagang dan kapal tangki yang singgah di negara itu,” katanya kepada pemberita pada persidangan media di pejabatnya di sini, hari ini.

Tanpa menyebut jumlah yang disasarkan, Ahmad Sukimi berkata Sukimi Lube kini mengeluarkan kira-kira 200,000 liter minyak pelincir sebulan untuk pasaran tempatan dan jumlah itu bertambah dari masa ke masa.

Beliau berkata dari jumlah itu sebahagiannya dibekalkan kepada agensi-agensi kerajaan persekutusan bagi kegunaan kenderaan di agensi terbabit termasuk Pasukan Gerakan Marin (PGM) untuk kegunaan bot laju.

“Kita mensasarkan sehingga akhir tahun ini sebanyak 10 peratus daripada keperluan kerajaan pusat disalurkan oleh Sukimi Lube,” katanya.

Mengenai jenis produk yang dikeluarkan syarikat, beliau berkata kini terdapat 20 jenis minyak pelincir dan gris keluaran syarikat itu berbanding dengan lima jenis pada awal penubuhannya pada 2007.

Beliau berkata pihaknya juga membekalkan kepada lebih 1,000 buah bengkel di seluruh negara sebagai minyak rasmi bagi kegunaan kenderaan yang dibaik pulih di samping beratus-ratus pengedar.

“Sukimi juga mendapat kerjasama dengan Naza Motor, yang menggunakannya pada motosikal baru keluarannya,” katanya.

Ahmad Sukimi berkata pihaknya juga sedang membuat kajian bagi mengeluarkan lebih banyak minyak pelincir bermutu tinggi di samping meningkatkan mutu pengeluaran produk keluarannya.

“Kita percaya dengan perkembangan terkini ini akan membolehkan Sukimi disenaraikan di pasaran saham dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam segi harga, beliau berkata berbanding dengan jenama-jenama lain ia lebih murah atau sekurang-kurang 10 peratus lebih rendah dari jenama lain.

SUMBER - BERNAMA

Hari Raya Aidil Fitri Minal Aidil Walfaizin


Haai semua…aku rasakan masih tidak terlambat jika aku ingin ucapkan selamat hari raya Aidil Fitri Kepada semua kawan-kawan aku yang menganli aku la.. di masa kelapangan ini aku ingin menyusun jari 10 untuk memohon dan ampun maaf ku pinta jika terdapat sebarang salah silap sepanjang bernafas di muka bumi Allah yang fana ini. Kita manusia yang serba lemah ini tidak terlepas dari melakukan kesalahan kecil atau pon besar. Selagi diri dihuni oleh zat-zat atau roh-roh selagi itulah manusia ini melakukan kesilapan.

 Sekali lagi aku mengundur diri dan mohon maaf di atas segala kesilapan.

Dah bebas


Setelah sebulan berpuasa…kita telah menahan segala nafsu, lapar dan dahaga telah pun diharungi dengan jayanya..kita telah dilatih menahan nafsu makan dan minum pada siang hari.

Jadi persoalannya, adakah kita cukup terlatih dengan Ramadhan lepas? Islam melatih supaya kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yg ada tanpa mengira bulan ramadhan atau pun tidak.

Rata-rata kita melihat umat sekarang hanya memandang bulan mulia ramadhan sebagai beban ataupun bulan lapar semata-mata. Tanpa mengerti pengisian di dalam nyer tersebut.

About Me


pic

Nama penuh aku Mohd Faizal Arimi Bin Mohd Ghazali , aku mendapat pendidikan awal di Sekolah Tadika Kubang Kiat..lepas tu aku melanjut pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok untuk amik PMR, daripada pengajaran lepas dan setelah melalui proses kegagalan (tidak la gagal sangat :D) aku berjaya masuk Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dalam Jurusan Sains Hayat..tp 2 bulan kemudian tukar ke Sains Fizikal..heheh, cita-cita nak jadi engineer la konon, pastu apa yang aku impikan masa kat matrikulasi tidak la menjadi jurutera yang diidamkan sebab aku dapat kos lain yg diminta…iaitu aku berjaya melanjutkan pelajaran ke Oversea iaitu di Universiti Sains Malaysia (USM) hihihi… gembira la jugak sbb dah masuk U, walaupon aku xdapat jadi engineer enjin tp dapat jadi engineer computer…:) aku study kat USM selama 3 tahun untuk dapat segulung Ijazah SarjanaMuda Sains Komputer  aku graduat pada tahun 2006..pastu lepas aku grad, aku merantau ke KL dalam 2 bulan je aku jadi software engineer…maybe tak biasa dengan budaya kejer sana aku quit dan dapat kejer kat tanah air tercinta di KB,Kelantan. Kat KB aku banyak gak la amalkan tabiat suka tukar kejer…Heheh, maklum la kejer kat Kb ni gaji ciput jer….yang terbaru pada awal bulan jun 2008 aku dapat kejer yang aku kejer sekarang la iaitu di syarikat ternama gak la..gaji pon ok :) syarikat aku sekarang iailah SUKIMI HOLDINGS SDN.BHD sebagai Ketua Jabatan Unit ICT…maybe dah malas nak tukar kejer dah lepas ni…sehingga la aku dapat kejer Kerajaan baru la aku resign kat Syarikat ni…

Itu saja kisah aku buat masa ni…tq, sila bagi komen ok

Aku dan Ramadhan


stressRAMADHAN…. satu ungkapan yg begitu indah sehinggakan seluruh alam menyaksikan keagungan bulan ini. Ramadhan adalah bulan yang tiada tandingan tentang hikmah yang terkandung di dalamnya. Melalui proses menahan lapar dan dahaga tanpa kita sedari terlalu banyak kelebihan dan mukjizat nya dari segi perubatan. Sekarang akan aku ceritakan pengalaman ku mengenai PUASA pada bulan RAMADHAN.

Aku seorang budak yang boleh dikategorikan sebagai budak liar atau nakal…Sejak kecil lagi aku dibesarkan dengan kemewahan meterialistik. Tanpa pendidikan agama, sekolah pon di sekolah swasta yang boleh dikatakan tiada langsung pengajaran agama di sekolah. Hari-hari yang ku lalui penuh dengan pancaroba dan kesenangan tanpa merasakan dan mengetahui dari mana nikmat yang aku perolehi. Yang aku tahu adalah dari papa dan mama ku sahaja..beliau memberi elaun ku setiap bulan dan aku membelanjakannya tanpa batasan.

Apabila usia ku meningkat remaja dan diwajibkan berpuasa tapi apakah puasa bagi aku?? Bulan ramadhan dianggap bulan lapar dan dahaga…ahhh! peduli ramadhan, orang gaji dirumah akan ku gajikan untuk memasak makanan yang lazat-lazat pada siang hari…bukan orang tahu pun aku tak puasa..malam hari akan ku kunjungi pusat-pusat disko dan hiburan yang penuh dengan maksiat..orang lain bertarawih dan aku pulak di pusat hiburan malam, bergaul dengan perempuan bukan muhrim sampai ke bilik tidur…dan banyak lagi la kalau nak diceritakan..

Allah Maha kuasa..ketika umurku menjangkau 25Tahun aku keluargaku mengalami bangkut atau muflis disebabkan penyelewengan wang syarikat oleh rakan niaganya…semua harta benda ditarik dan dista oleh bank. Papaku telah mengalami tekanan perasaan yang amat dasyat..boleh dikategorikan sebagai GILA… mujurlah aku ni belum ke arah itu, sedang2 aku termangu-mangu di tepi jalan aku disapa oleh seorang ustaz..mungkin ustaz ni utusan Allah SWT untuk aku..dia bertanyakan aku, “Nak..boleh ustaz bertanya..?” Aku terdiam seribu kata…lalu ustaz itu berkata ” Ustaz tengok anak ini mempunyai banyak masalah, boleh ustaz bantu?” kata ustaz itu. Air mata aku tiba-tiba keluar tanpa aku sedari…belum sempat aku barcakap..ustaz itu pun berkata..”Usah risau nak ustaz tahu apa masalah anak sebenarnya..” aku jadi hairan dengan firasat ustaz itu, Ustaz itu pon berkata..” Sesungguhnya puasa itu adalah penawar segala-galanya bagi penyakit, suruh la bapa kamu berpuasa sehari semalam..nescaya penyakitnya akan pulih pada hari berikutnya…” Dari saat itu aku terfikir tentang ramadhan-ramadhan lepas…seluruh keluarga ku tidak pernah berpuasa..setelah aku berpaling ke arah ustaz tu, ustaz itu tiada lagi dari pandangan aku…lantas aku segera untuk bertemu papa ku yang sudah gila itu, kerana terpaksa lalu aku mengurung papa yang aku sayangi itu didalam bilik kecil dan aku tidak berikan makan dan minum dengan niat aku menyuruhnya berpuasa. Setelah hari ke 3 aku dapati papa aku tidak lagi meraung-raung untuk dikeluarkan dari bilik itu, cuma yang didengari hanyalah suara yang lembut memanggil aku…aku terkejut dengan perubahan itu..lalu aku membuka bilik itu dan aku dapati wajah papaku lebih ceria dan tenang…lalu aku beri sedikit makanan dan air..jika dulu keadaannya penuh dengan kebimbangan tetapi slps kejadian itu, keadaannya sudah pulih sepenuhnya gara-gara aku mengurungnya tanpa beri makan dan minum..aku menangis penuh dengan kesyukuran dengan mukjizat Allah SWT…

Nak dipendekkan cerita, mulai hari itu aku dan seluruh keluarga bertaubat kepada Allah dan hidup dengan kesederhanaan…moral of the story ialah….jangan memperlekehkan tentang amalan puasa dan pengisian-pengisian di dalam nya….

P/s: Ini merupakan kisah benar dan betul -betul terjadi ke atas kawan aku serta secara langsung adalah penyertaan aku ke Ramadhan Contest anjuran En. Nuaeman